Atikah menyapu peluh di dahi dengan belakang tangannya. Dengan langkah longlai dia menghampiri pintu pagar rumah sambil tercungap-cungap. Sudah menjadi rutin pada hujung minggu dia akan keluar berjoging. Selalunya dia ditemani oleh rakan serumah, tetapi hari ini dia melakukan aktiviti itu berseorangan berikutan rakannya itu pulang ke kampung. Peti surat diperiksa sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menghela nafas sambil melabuhkan punggung di atas sofa ruangtamu. Satu persatu kepingan surat yang berada di tangannya diteliti. Matanya tertumpu pada sampul surat berbunga dengan setem tertera tulisan London. Dengan jelas tertulis namanya sebagai penerima. Dengan penuh rasa teruja dia membuka sampul surat berkenaan.
———————————————————————-
Assalamualaikum…
Tatkala dikau membaca isi kandungan warkah ini, diriku sudah bergelar seorang suami. Tidak perlu lagi aku meneruskan coretan. Hanya sekeping foto pengganti diri sebagai bukti. Hanya kemaafan kupohon darimu. Kuharap kau mengerti.
Yang benar,
Shahrizal
———————————————————————-
Matanya kian berkaca saat merenung gambar persandingan seorang lelaki yang selama ini bertakhta di hatinya bersama wanita lain. Dia bingkas menuju ke arah bilik. Berdentum pintu bilik saat dia menutupnya. Dia duduk sambil memeluk tubuh di penjuru sudut bilik kecil itu. Mata dipejamkan sambil dia merapatkan dahi ke lutut. Tidak tertahan lagi perasaannya. Berlinangan airmata seperti tidak mahu berhenti. Bercucuran. Ternyata sekeping nota ringkas yang baru dibaca itu benar-benar telah melukakan sekeping hati yang ampuh. Sekeping gambar yang tadinya berkeadaan sempurna kini bertaburan di atas lantai. Bersepah dicarik-carik oleh Atikah dengan segumpal perasaan amarah. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Bercampur-baur sentimen yang dirasai olehnya. Adakah dia hanya perlu akur dengan kekecewaan ini dan menutup segenap ruang hatinya dari perasaan cinta atau mungkinkah suara gemersik sang kekasih bisa bergema kembali.
Tidak. Shahrizal sudah menjadi milik orang lain. Dia tidak mungkin akan kembali lagi, kata hatinya berulang-ulang.
Atiqah berlari menuju ke dapur dan bermundar-mandir di situ buat seketika. Di dalam benaknya waktu itu hanya terlintas satu perkara yang dapat memadamkan kesengsaraan ini. Pintu kabinet di bawah sinki dibuka lalu tangannya pantas mengeluarkan sebotol cecair peluntur. Kemudian, dia menarik sebilah pisau yang tajam yang terletak di atas meja. Tangan kanannya mengusap pisau kotor itu sementara yang kiri merenung tanda amaran yang tertera pada botol cecair peluntur tersebut. Fikiran yang dulu waras kini bagaikan direnggut dan dibuang jauh-jauh. Dia terus berjalan menuju ke balkoni di tingkat atas rumah untuk memerhati tasik yang terbentang luas di depannya. Ya, tasik hijau itu. Tasik yang suatu ketika dahulu pernah menjadi saksi di mana termeterainya cinta mereka berdua.
“Mungkin aku harus terjun ke dalam tasik itu dari balkoni ini. Biarkan jasadku ini lemas dalam cinta yang tidak kesampaian. Biarkan hati yang sudah hancur ini dimamah oleh ikan-ikan kecil di dalamnya. Aku tidak perlu hidup lagi. Aku tidak perlu menyaksikan dia terus gembira. Biarkan!” Jerit Atiqah sebelum memanjat palang besi, dan melepaskan dirinya terbang melayang ke udara. Beberapa saat kemudian, tubuhnya menghempas tasik hijau itu dan dunianya tiba-tiba menjadi gelap-gelita.
******************************************************************************
“Masya Allah, Atiqah, sampai jatuh katil? Lasaknya kau tidur? Kau mengigau lagi, ya?” Jerit rakan serumahnya, Ayuni yang tiba-tiba muncul di dalam bilik. Dia memapah kedua-dua lengan Atiqah untuk mengangkatnya kembali duduk di atas katil. “Bersabarlah, Atiqah. Kuatkan semangat. Apa yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah disebaliknya,” pujuknya sambil mengurut-urut belakang tubuh rakannya yang masih lagi mamai, gara-gara baru terjaga dari tidur.
Atiqah membetul-betulkan kakinya yang lumpuh. “Apa hikmah yang aku dapat dari kemalangan jalan raya, Ayu? Doktor kata tulang belakang aku dah rosak teruk. Aku dah tak ada harapan lagi nak berjalan seperti dulu, jadi apa hikmah di sebalik semua itu, Ayu?”
“Mungkin Allah mahu kau jadi umat yang lebih kuat. Dia tak pernah meminta umatnya untuk berhenti berusaha. Baru sebulan, Atiqah. Mungkin bulan depan, dua bulan depan, tiga bulan depan, kau boleh berjalan balik? Insya Allah kan?”
“Tiga bulan lagi aku akan jadi isteri Shahrizal. Aku tak boleh bayangkan keadaan aku nanti. Pengantin perempuan duduk atas pelamin dengan kerusi roda?” Soalnya kembali dengan wajah yang jelik. “Kau kena tolong aku, Ayu. Kalau kau mahu jadi sahabat baik, kau tolong kahwini Shahrizal.”
“Apa awak cakap ni, Atiqah?” Tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan suara parau lelaki yang tanpa disedari sudah lama tercegat berdiri di muka pintu. Wajahnya sugul menahan sedih yang sudah agak lama terpendam. Dia melangkah setapak demi setapak menghampiri kedua-dua wanita tabah yang berada di depannya itu. Lututnya dijatuhkan sementara tubuhnya yang hangat dirapatkan kepada sepasang kaki Atiqah yang kaku. Pandangannya tajam memerhati kedua belah mata yang sudah lama kehilangan cahayanya. “Saya faham kesakitan yang awak alami tapi saya dah janji yang saya akan kahwin dengan awak. Jangan sesekali sangsi dengan janji saya itu Atiqah,” katanya disambut dengan tangisan jernih yang mengalir di pipi. “Saya ikhlas mahu awak jadi isteri saya jadi berjanjilah dengan saya, tolong jangan pergi. Tolong jangan biarkan saya menggantikan diri awak dengan wanita lain.”
Atiqah membisu. Dia masih cintakan Shahrizal. Perhubungan yang terjalin di antara mereka berdua terlalu indah untuk dilupuskan tetapi entah mengapa sejak kemalangan ngeri yang berlaku, hatinya sudah tertutup untuk terus menerima lelaki itu lagi. Untuk sementara waktu ini, semangatnya belum cukup kuat untuk pulih seperti sedia kala. Dia perlukan masa untuk menerima keadaan dirinya yang baru terlebih dahulu. Cinta bakal menyusul kemudiannya. Jika jodohnya panjang mungkin ianya kembali kepada Shahrizal. Jika tidak, dia pasrah dengan ketentuan tuhan.
“Atiqah?” Panggil Shahrizal sekali lagi.
Atiqah menggeleng lemah sambil tangannya menolak tubuh hangat Shahrizal itu. Dia mencapai tiang di penjuru katil dan sedaya upaya bergerak untuk berdiri namun sebaik saja tapak kakinya yang bercerengkot itu diletakkan di atas lantai, genggamannya terlucut dan dia terjatuh ke bawah dengan kuat. “Tolong pergi dari hidup saya, Shahrizal. Saya tak akan dapat menjadi isteri yang sempurna.” Rayunya.
“Saya tak mahu isteri yang sempurna, Atiqah. Saya mahu awak…”
“Saya tak mahu menyusahkan awak sebab awak layak dapat isteri yang lebih baik. Tolonglah pergi, Izal! Pergi! Pergi!” Jeritnya sekuat hati.
Dengan hati yang berat Shahrizal akhirnya mengalah. “Baiklah Atiqah, saya pergi sekarang tapi saya tak kan pergi jauh. Saya akan tetap menunggu awak, itu janji saya,” pesannya sebelum melangkah perlahan untuk pergi jauh dari situ.Ayuni mengikut dari belakang dan menutup rapat daun pintu yang ternganga.
Atiqah terus menangis. Dia amat-amat memerlukan airmata yang mengalir itu. Airmata itulah yang sering membuatkan mindanya yang kusut dan pandangannya yang kabur bertukar menjadi lebih jelas. Jika dahulu tidak pernah terlintas di dalam fikirannya mahu mengakui bahawa suatu hari nanti Shahrizal bakal memilih wanita yang lain, tetapi kini mahu tidak mahu dia terpaksa akur dengan fitrah dan ketentuan alam. Dia tiada jodoh dengan lelaki itu. Mungkin juga dia tidak punyai jodoh dengan sesiapa.
Dia hanyalah secebis kain yang telah koyak. Doanya semoga suatu hari nanti hatinya kembali kuat untuk menerima seseorang yang sudi untuk mengutip dan menjahitnya kembali.
Insya Allah.
cerita sedih… woo.. semoga pakcik menang k.. 🙂
thanx!!
Terima Kasih di atas penyertaan…
Penyertaan diterima dan akan diadili oleh panel juri sebaik mungkin…
Selamat berjaya =)
wow!! sekali baca cam mengarut je sambungan tu.. rupanya ada kisah disebalik mimpi… hehe..
semoga berjaya!
insya allah aku pun nak turut serta kalau ada masa.. 🙂
tenkiu.
nice story…
thx umi…
err JA,. sy agak blur dengan ending.. ehehehe atiqah lumpuh sblm ker selepas sharizal kawin? btw gud luck ey JA..
baca lagi skalik n fahamkan. thanx
aiceeh..mimpi ke…haha..
xpek2..kratif ah..
Smg berjaya (:
yerp… lain drpd yg lain kan?
gud luck~~~~ ye
terima kasih!!
berbakat.. idea yang tak terfikirkan..
sememangnya anda berbakat..
selamat berjaya..
thx chekgu!!
jom join pertandingan menulis cerita berilhamkan lagu.. http://ezanyempires.blogspot.com/2010/07/cerita-berilhamkan-lagu.html
sure no prob…. jap nak cek!
wow! jalan cerita yang best dan kreatif. berbakat sungguh…boleh menang ni. 😀
ye ker? terima kasih…